Wasiat Rasulullah SAW kepada Sayidina Ali RA:
Wahai Ali,
Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya:

Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
Tidak terpesona dengan bujuk rayu wanita.
Benci terhadap perbuatan dan perkataan sia-sia.

Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya:
Jujur dalam berkata-kata.
Menjauhi segala yang haram.
Merendahkan diri.

Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya:
Takut berlaku dusta dan keji.
Menjauhi kejahatan.
Memohon yang halal karena takut jatuh dalam keharaman.

Seorang wanita, pada hari akhirat akan menarik 4 golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Pertama:
-ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat, mengaji dan sebagainya.
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.
Dia hanya memberi kemewahan dunia saja
maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:
-Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas,
menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,
apabila suami mendiam diri…
walaupun dia seorang alim yang sholatnya tidak ditangguhkan, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:
-Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga martabat wanita jatuh ke pundak abang-abangnya,
jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja sedangkan adik perempuannya dibiarkan melenceng dari ajaran ISLAM….
tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:
-Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak,
nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat….
maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenarnya.

sumber : http://azishtm.blogspot.com